MKSAKK menerusi BSN hulur sumbangsn lebih RM100,000 kepada penduduk di Kuala Selangor

MKSAKK menerusi BSN hulur sumbangsn lebih RM100,000 kepada penduduk di Kuala Selangor

KUCHING,. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kementerian Kewangan (MKSAKK) menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menghulurkan bantuan berjumlah lebih RM100,000 kepada penduduk di Kuala Selangor baru-baru ini.

Menurut kenyataan media BSN hari ini, Program CSR MKSAKK ini dikelolakan oleh BSN selaku tuan rumah bagi tahun 2022.

Ia dihadiri Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Datin Rashidah Mohd Sies, Ketua Eksekutif BSN Jay Khairil Jeremy Abdullah, ketua-ketua agensi serta ahli jawatankuasa MKSAKK yang lain.

Jay Khairil berkata, sebagai sebuah institusi perbankan yang prihatin, BSN terus melaksanakan program-program bantuan dari semasa ke semasa.

“Kali ini melalui program CSR MKSAKK, ia bertujuan membantu pihak memerlukan seperti komuniti di Kuala Selangor, seiring dengan visi kami ‘Tiada Rakyat Malaysia Yang Ketinggalan’.

“Selain itu, aktiviti CSR ini juga merupakan salah satu teras BSN Care kami iaitu ‘Komuniti’, yang memberi penekanan kepada penjanaan kehidupan mapan, memberi impak sosial serta menyediakan bantuan keperluan asas kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan itu.

Melalui program ini, sumbangan berjumlah RM28,500 telah diserahkan kepada salah seorang penduduk di Tanjong Keramat, Kuala Selangor bagi membiayai kos membaik pulih rumah.

Penerima bantuan ini merupakan orang kurang upaya (OKU) yang menjaga abangnya, juga seorang OKU.

BSN juga telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM15,500 bagi tujuan sama.

Selain itu, program CSR MKSAKK turut membiayai kos membaiki kerosakan gelanggang futsal di Arena Pasir Tuntong berjumlah RM24,000.

Gelanggang futsal ini bakal memberi manfaat kepada lebih kurang 100 belia yang kerap datang beriadah di situ pada setiap minggu.

Bantuan turut diserahkan kepada 100 penerima B40 di Kuala Selangor, masing-masing menerima wang tunai RM300 setiap seorang.

Bantuan ini adalah sumbangan MKSAKK dan BSN bernilai RM30,000.

Dalam pada itu, lima sekolah di sekitar Kuala Selangor turut menerima bantuan sebanyak RM2,000 setiap sekolah.

Sekolah-sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Assam Jawa, Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Sekolah Kebangsaan Ijok, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Aik Thee dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Bukit Cheraka.

Bantuan-bantuan ini merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti serta program BSN Care, sila layari laman sesawang BSN www.bsn.com.my.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )