MR D.I.Y. lancar ‘Paati Veedu’, filem web pertama sempena Deepavali

MR D.I.Y. lancar ‘Paati Veedu’, filem web pertama sempena Deepavali

KUCHING,. MR D.I.Y., peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia, baru-baru ini melancarkan filem web Deepavalinya yang pertama berjudul ‘Paati Veedu’ atau ‘Rumah Nenek.’

Filem web ini mengisahkan mengenai seorang budak lelaki, Rohan, yang terpaksa tinggal di rumah ‘Paati’ atau neneknya untuk membantu serta merapatkan hubungan dengannya.

Bagaimanapun, dia mendapati agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan cara neneknya, dan neneknya pula berasakan usaha Rohan membantunya, menjengkelkan.

Hasilnya ialah satu siri kejadian komedi, sebelum mereka berdua mencari cara untuk berkomunikasi dan meraikan musim perayaan bersama.

Filem web hampir empat minit itu disiarkan di laman Facebook dan YouTube rasmi MR D.I.Y. sempena Deepavali.

Walaupun ia merupakan kali pertama peruncit tempatan itu membangunkan filem web bertemakan Deepavali, ia itu telah mendapat lebih daripada 1.8 juta tontonan di YouTube, dan 1.3 juta tontonan di Facebook, sekali gus membuktikan bahawa peruncit berjaya menepati citarasa rakyat Malaysia.

Tonton versi penuh di sini: https://www.youtube.com/watch?v=QUgymPnSpzs&t=7s.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y. layari laman sesawangnya, www.mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, dan saluran media sosial, Facebook dan Instagram.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )