Muhammed Yusoff selesai jalani ujian poligraf

Muhammed Yusoff selesai jalani ujian poligraf

KUALA LUMPUR,. Muhammed Yusoff Rawther, selesai menjalani ujian poligraf di Bukit Aman selama empat jam bermula jam 4.30 petang Selasa, bagi membantu siasatan kes terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut peguam mewakili Muhammed Yusoff, Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla, pihaknya amat berpuas hati dengan kelancaran ujian yang dikendalikan tiga pakar.

Mohamed Haniff turut menjelaskan beliau tidak tahu soalan yang diajukan kepada anak guamnya kerana tidak dibenarkan berada dalam bilik berkenaan.

Ia merupakan kali ketiga Muhammed Yusoff hadir ke Bukit Aman dalam siasatan berhubung dakwaan bekas pegawai penyelidik Anwar itu dicabul pada 2 Oktober tahun lalu.

Ujian poligraf yang digunakan polis, tentera dan Suruhanja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan mereka memberi petunjuk fisiologi ketika sesi soal siasat, walaupun ia tidak semestinya diterima di mahkamah.

Anwar yang memberi keterangan kepada polis minggu lalu memberi jaminan untuk bekerjasama dengan siasatan tersebut.

CATEGORIES
TAGS
Share This