Muka baharu Jawatankuasa DAP KL, Kok Wai kekal Pengerusi

Muka baharu Jawatankuasa DAP KL, Kok Wai kekal Pengerusi

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi penggal 2021 hingga 2024, hari ini. Keputusan dicapai selepas 173 undi sah diterima oleh 24 calon yang bertanding bagi mengisi jawatankuasa tersebut.

Turut mengekalkan jawatan termasuk Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun sebagai Timbalan Pengerusi; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Sian Keng Eng (Naib Pengerusi); serta Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng (Setiausaha).

Sementara itu, jawatan Penolong Setiausaha DAP yang sebelum ini disandang oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh diserahkan kepada Yap Yee Vonne. Turut mengekalkan jawatan ialah Leong Ooi Yee sebagai Bendahari dan Yew Jia Haur sebagai Setiausaha Organisasi.

Manakala, Lee Bing Hong dan Edmond Teoh masing-masing dipilih sebagai Penolong Setiausaha Organisasi dan Setiausaha Publisiti yang baharu. ‘Muka baharu’ Wan Hamidi Hamid dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Politik baharu selepas mendapat 121 undi.

Senarai jawatankuasa baharu bagi 2021 hingga 2024 itu dipilih selepas 15 calon mendapat undian tertinggi dalam pemilihan DAP negeri yang diadakan pagi tadi. Terdahulu, Lip Eng diumum menerima undi tertinggi iaitu sebanyak 157 diikuti Yew Jia Haur (153), manakala Hannah sebanyak 144.

Berikut keputusan pemilihan Jawatankuasa DAP Wilayah Persekutuan KL:
Pengerusi
Tan Kok Wai
Timbalan Pengerusi
Fong Kui Lun
Naib Pengerusi
Teresa kok Suh Sim
Naib Pengerusi
Sally Sian Keng Eng
Setiausaha
Lim Lip Eng
Penolong Setiausaha
Yap Yee Vonne
Bendahari
Leong Ooi Yee
Setiausaha Organisasi
Yew Jia Haur
Penolong Setiausaha Organisasi
Lee Bing Hong
Setiausaha Publisiti
Edmund Teoh Kheng Yaik
Penolong Setiausaha Publisiti
Choo Chen Leece
Pengarah Pendidikan Politik
Wan Hamidi Hamid
Ahli Jawatankuasa
Hannah Yeoh
Ng Wei Keong
Leong Ooi Kuan (Carmen)
TAMBAHAN TIGA ORANG:
Lim Ching How (Allan)
Mohd Rahimi Raduan
Diccan Lourdes Lourdhusamy

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )