`Mungkin ada seorang gay dalam setiap pasukan bola sepak’

`Mungkin ada seorang gay dalam setiap pasukan bola sepak’

LONDON,. Penyerang Watford, Troy Deeney percaya setiap pasukan bola sepak sekurang-kurangnya mempunyai seorang pemain gay.

Deeney mengesyaki pemain gay bimbang dengan pemeriksaan yang akan dilakukan sekiranya mereka mendedahkan kecenderungan seks ketika masih bermain.

Bercakap di podcast BBC Grouded bersama Louis Theroux, Deeney, berkata: “Saya mahu apa yang saya katakan ini direkodkan yang mana mungkin ada seorang gay dalam setiap pasukan bola sepak.

“Mereka ada di situ, 100 peratus ada di situ.

“Saya fikir mereka yang gay atau daripada komuniti itu pastinya bimbang untuk memikul tanggungjawab menjadi yang pertama membuat pengakuan. Namun, sekiranya ada seorang mula mengaku, yang lain pasti akan ikut.

“Jika dia mengaku dan mengatakannya, saya percaya dalam tempoh seminggu 100 lagi gay akan mengaku. Mereka hanya tidak mahu menjadi yang pertama mengaku,” katanya.

Bekas penyerang Norwich dan Nottingham Forest, Justin Fashanu yang mengaku dirinya gay pada 1990 dan meninggal dunia pada 1998 kekal menjadi satu-satunya pemain bola sepak lelaki gay dalam sejarah bola sepak Britain.

– AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This