Mus May dan Oney muncul dengan single We Fight, rakaman secara normal baharu

KUALA LUMPUR: Mustafa Din atau lebih dikenali dengan Mus May dan Mohd Redzuan Abd Aziz atau Oney berduet dalam sebuah lagu berjudul We Fight. yang mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama berjuang melawan COVID-19.

Lagu genre rock itu mengingatkan agar mengikut arahan kerajaan agar duduk di rumah untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Menurut pemain keyboard, Firdaus Mahmud yang bertindak sebagai pemuzik undangan, sesi rakaman lagu ini dibuat secara normal baharu.

“Lagu dan lirik dihasilkan oleh Oney serta susunan muzik juga dia yang buat.
“Kami sessionist rekod dari rumah masing-masing bukan seperti sebelum ini yang pergi ke studio untuk masukkan bahagian masing-masing.

“Selesai rakaman, masing-masing hantar kepada Oney untuk proses mixing dan edit video muzik,” katanya kepada Astro AWANI.
Selain Firdaus, pemuzik lain yang turut terlibat dalam rakaman lagu ini adalah Ritz Metalasia (Gitar), Fly Halizor (Bass), Pae (Drum) dan Oney juga bertindak selaku gitar kedua.

Peminat muzik tempatan boleh menonton video muzik lagu We Fight di saluran YouTube.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )