Naib Presiden Upko Sertai Parti Star Sabah Vc

Naib Presiden Upko Sertai Parti Star Sabah Vc

KOTA KINABALU: Teka-teki mengenai pendirian Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Dr Lucas Umbul akhirnya terjawab apabila hari ini beliau mengumumkan penyertaannya dalam Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah.

Kemasukan Dr Lucas ke dalam STAR Sabah disiarkan menerusi Facebook live dan dilihat kehadiran Presiden STAR Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan turut berada dalam majlis tersebut.

Beliau berkata, penyertaannya bersama beberapa ahli UPKO lain ke dalam STAR tanpa ada sebarang paksaan. Ia dilakukan atas kerelaan.

“Kami mahu membantu STAR berkembang di Tenom, bukan saja dalam kalangan Orang Asal tetapi juga masyarakat keseluruhannya tanpa mengira latar belakang agama dan sebagainya,” kata dalam ucapannya sempena majlis tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung STAR Sabah, Datuk Guandee Kohoi menerusi paparan Facebooknya menyatakan Parti STAR merakam penghargaan atas penyertaan Dr Lucas bersama kira-kira 2,000 ahli UPKO bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong dan Melalap yang diserahkan kepada Presiden Parti STAR.

Katanya, setakat 28 Feb ini, STAR merekodkan seramai 340,000 keahlian dan tidak lama lagi bakal mencecah 400,000 ahli.

Guandee berkata, pentadbiran dan Biro Keahlian STAR akan mempercepatkan proses kelulusan permohonan keahlian dan pemprosesan kad keahlian.

“Saya percaya, STAR akan bertambah kuat khususnya dalam memperjuangkan hak-hak Sabah dengan kemasukan Datuk Justin Guka dan Dr Lucas ke dalam parti STAR,” jelasnya.

-BP

CATEGORIES
Share This