Naza tamatkan perkongsian dengan Ferrari

Naza tamatkan perkongsian dengan Ferrari

KUALA LUMPUR,. Naza Automotive Group (Naza) menamatkan perkongsiannya dengan Ferrari S.p.A berikutan harapan pengeluar kereta mewah Itali itu yang tidak selari dengan strategi Naza.

Naza dalam satu kenyataan hari ini berkata penamatan kerjasama dengan Ferrari itu tepat pada masanya.

“Ia akan membolehkan kami memberi tumpuan kepada jenama lain dan memberi perkhidmatan dengan baik kerana kami akan dapat memperuntukkan semula sumber kepada jenama yang sesuai dengan strategi perniagaan automotif kami.

“Kami akan terus menyediakan sokongan kepada Ferrari untuk peralihan perniagaan yang lancar, menjelang April 2023,” kata Naza, yang merupakan pengedar rasmi jenama Ferrari.

Naza turut merakamkan penghargaan kepada Ferrari di atas hubungan perniagaan yang telah lama terjalin dan berharap jenama tersebut terus mencapai kejayaan pada masa depan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This