Niaga hadapan KLCI dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada kadar asas pasaran tunai yang kukuh.

Pada 9.26 pagi, bulan semerta Mac 2020 naik 16.5 mata kepada 1,344.0, April 2020 melonjak 18.0 mata kepada 1,331.0, Jun 2020 meningkat 12.5 mata kepada 1,320.0 dan September 2020 menokok 14.0 mata kepada 1,317.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,289 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 31,129 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 8.51 mata kepada 1,337.39 selepas 26 minit dagangan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )