Nilai pasaran industri halal Malaysia mencecah RM614.36 bilion menjelang 2025

KUALA LUMPUR,. Nilai pasaran industri halal Malaysia dijangka mencecah US$147.4 bilion (kira-kira RM614.36 bilion) menjelang 2025, menurut Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Ushawan Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata industri halal terus berkembang, dengan 70 peratus daripada nilai pasaran disumbangkan oleh sektor makanan.

Beliau berkata trend yang kukuh itu disokong oleh peningkatan jumlah pengguna halal, selain peningkatan penawaran produk makanan yang disahkan halal, yang dijangkakan memacu pasaran halal global pada tahun-tahun akan datang.

“Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan yang tinggi, bukan sahaja daripada penduduk Islam bahkan perubahan fikiran dan kesedaran penduduk bukan Islam di seluruh dunia,” katanya dalam ucapannya pada malam gala Anugerah Jenama Asia Halal 2019, di sini malam inii.

Memetik laporan HDC, Suraya berkata dalam beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan berkembang melepasi sektor makanan untuk turut merangkumi farmaseutikal, kosmetik, produk kesihatan, peralatan mandian dan peranti perubatan.

Malah, perkembangan terkini menunjukkan bahawa industri halal telah berkembang meliputi penawaran gaya hidup, termasuk perjalanan halal, perkhidmatan perhotelan, dan fesyen, katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )