Oppstar Berhad sedia bekerjasama hasilkan reka bentuk IC di Sarawak

Oppstar Berhad sedia bekerjasama hasilkan reka bentuk IC di Sarawak

KUCHING,. Oppstar Berhad sedia bekerjasama dalam menghasilkan reka bentuk litar bersepadu (IC) di Sarawak.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Oppstar Berhad Cheah Hun Wah berkata, reka bentuk IC memainkan peranan penting dalam bidang kecerdasan buatan (AI), khususnya dalam pembangunan pusat data.

“Sejak kebelakangan ini, kita telah melihat banyak perkembangan dalam teknologi di mana semua orang bercakap tentang AI.

“Kami melihat reka bentuk IC sebagai bahagian penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Khamis.

Hun Wah menambah syarikat itu menyasarkan untuk mengembangkan tenaga kerjanya daripada 300 kepada 500 orang untuk bersedia mencipta produk sebenar.

CATEGORIES
TAGS
Share This