Orlene tingkatkan kekuatan ke Mexico sebagai hurikan Kategori 3

Orlene tingkatkan kekuatan ke Mexico sebagai hurikan Kategori 3

KOTA MEXICO: Hurikan Orlene menjadi semakin kuat sehingga berubah kepada taufan kencang awal kelmarin ketika ia mara ke arah pantai Pasifik di Mexico di mana ia dijangkakan melanda dalam masa beberapa hari akan datang, menurut Perkhidmatan Meteorologi Negara.

“Orlene meningkatkan kekuatannya kepada hurikan Kategori 3 pada skala Saffir-Simpson, menyebabkan hujan lebat dan angin kencang,” menurut pihak agensi dalam satu kenyataan.

Ribut telah menjadi satu hurikan kuat dan sedang bergerak dengan angin selaju 185 kilometer sejam, Pusat Hurikan Negara AS (NHC) memberikan amaran dalam keterangan terbaharunya.

NHC menambah bahawa pusat Orlen menghampiri pantai tanah besar Mexico semalam.

Pejabat Pertahanan Awam Mexico memberikan amaran menerusi Twitter bahawa pantai Pasifik di negara itu akan dilanda hujan lebat termasuk angin kuat dan ombak tinggi, menggesa para penduduk agar berlindung di pusat penempatan sementara.

Hurikan kelihatan membadai kedua-dua pantai Pasifik dan Atlantik di Mexico dalam musim yang berlangsung Mei hingga November.

Pada Oktober 1997, Hurikan Paula membadai ke pantai Pasifik sebagai ribut Kategori 4 dan meragut lebih 200 nyawa.

– Agensi

CATEGORIES
Share This