Parti di garaj berakhir tragedi, 15 ditembak

Parti di garaj berakhir tragedi, 15 ditembak

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 15 orang telah ditembak dan tercedera, dua daripada mereka maut, semasa berparti di dalam sebuah garaj Chicago awal pagi kelmarin, lapor, pihak polis dan media tempatan.

Acara diadakan di sebuah premis syarikat tunda yang diubah suai bagi penganjuran parti di kawasan kejiranan Park Manor di bahagian selatan bandar tersebut, menurut polis.

Terdapat satu gangguan dalam kalangan beberapa penaung dan bunyi tembakan kedengaran mengenai beberapa orang, anggota polis Jose Jara menyatakan dalam satu e-mel kepada akhbar Chicago Tribune, sambil menambah punca kejadian tembak-menembak itu tidak diketahui.

Beliau menyatakan mangsa yang ditembak berusia antara 20 dan 44 tahun. Senjata telah ditemui di tempat kejadian dan beberapa saksi masih menjalani pembedahan lewat kelmarin.

Jabatan bomba di bandar tersebut mengesahkan angka awal iaitu dua kematian.

— AFP

CATEGORIES
Share This