PAS sokong pelantikan Idrus

KOTA BHARU,. PAS mengalu-alukan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara yang baharu.

Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob menyifatkan pelantikan itu sebagai tepat kerana Idrus adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang kehakiman.

“Saya berasakan beliau berpengalaman dan memang sepatutnya Peguam Negara adalah orang yang banyak maklumat dan pengalaman.

“Beliau dapat melihat mana (kes) yang boleh dibawa ke peringkat seterusnya atau tidak. Saya sokong dan harapan kita, beliau dapat melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelepasan Program Riadah Berbasikal Penjawat Awam, di sini hari ini.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Idrus bagi tempoh dua tahun, menggantikan Tan Sri Tommy Thomas yang melepaskan jawatan pada 28 Februari lalu.

Pelantikan Idrus dibuat selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan dipersetujui Yang di-Pertuan Agong.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )