Pasaran saham dibuka lebih rendah

Pasaran saham dibuka lebih rendah

KUALA LUMPUR,. Kegiatan pengambilan untung secara menyeluruh membabitkan kaunter berwajaran tinggi berikutan kenaikan baru-baru ini, menyaksikan urus niaga di Bursa Malaysia menyusut ketika dibuka pagi ini, kata para peniaga.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.5 mata kepada 1,600.15 berbanding penutupan Jumaat lepas iaitu 1,601.65.

Indeks utama dibuka 0.44 mata lebih tinggi kepada 1,602.09 sebelum menyusut selepas satu minit diniagakan.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 293 berbalas 213 manakala 324 kaunter tidak berubah, 1,323 tidak diniagakan dan lima yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 392.64 juta saham bernilai RM251.26 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pelabur mungkin mengambil sikap berhati-hati memandangkan kes kes harian COVID-19 yang disahkan terus meningkat.

Pada masa sama, mereka turut memantau data Indeks Pengurus Pembelian Markit Malaysia yang akan dikeluarkan hari ini serta keputusan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia pada Khamis.

“Dengan jangkitan COVID-19 yang kian meningkat, pelabur akan memberikan perhatian kepada saham berkaitan pengguna, pembungkusan dan penjagaan kesihatan.

“Selain itu, minat dagangan dapat dilihat pada sektor teknologi berikutan penurunan baru-baru ini menjelang keputusan suku tahunan syarikat,” katanya.

Firma penyelidikan itu turut menjangkakan kenaikan harga berkaitan logam dapat memberikan momentum membeli untuk syarikat produk perindustrian dalam jangka masa terdekat.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Maxis masing-masing naik satu sen kepada RM8.24 dan RM4.61, Petronas Chemicals meningkat enam sen kepada RM8.26 dan Top Glove menokok tiga sen kepada RM5.68.

Public Bank menyusut satu sen kepada RM4.14, CIMB Group turun empat sen kepada RM4.10 dan Genting berkurangan 16 sen kepada RM4.82.

Bagi saham aktif, Priceworth lebih rendah setengah sen kepada dua sen, Careplus naik 13 sen kepada RM3.04 dan LKL menambah 2.5 sen kepada 36.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 13.19 mata kepada 11,785.10, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 8.84 mata kepada 13,281.34, Indeks FBMT 100 susut 13.53 mata kepada 11,436.63, FBM 70 lebih rendah 29.23 mata kepada 15,454.91 dan FBM ACE menguncup 13.82 mata kepada 8,832.20.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.10 mata kepada 199.46, Indeks Perladangan naik 6.78 mata kepada 6,906.47 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 10.01 mata kepada 14,860.24.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This