Pasaran saham dibuka rendah, FBM KLCI susut 17.54 mata

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah menjejaki kerugian semalaman di Wall Street selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 wabak pandemik.

Indeks Dow jatuh 5.86 peratus, Indeks S&P 500 merosot 4.89 peratus dan Indeks Nasdaq ditutup 4.7 peratus lebih rendah.

Pada 9.02 pagi hari ini, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 17.54 mata atau 1.21 peratus kepada 1,426.29 berbanding penutup semalam, 1,443.83.

Pada pembukaan, Indeks FBM KLCI dibuka 12.42 mata lebih rendah kepada 1,431.41.

Dalam pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 309 berbanding 54, dengan 118 kaunter tidak berubah, 1,535 tidak diniagakan dan 19 lain digantung.

Jumlah dagangan berada pada paras 159.87 juta saham bernilai RM56.84 juta. – BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )