Patuhi PKP Demi Kebaikan Semua – Jamawi

KOTA KINABALU: Rakyat khususnya di kawasan Kemabong dinasihatkan agar mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PPK) yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata arahan ini dikeluarkan untuk kebaikan semua pihak khususnya rakyat di negeri ini dalam membendung penularan virus Covic-19 .

“Jika tiada sebarang urusan yang mendesak adalah lebih baik bagi mereka (penduduk) berada di rumah bersama keluarga disamping menjaga aspek kebersihan,” katanya ketika dihubungi di sini kemarin.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan walaupun di daerah Tenom dan Kemabong setakat ini belum ada dilaporkan sebarang kes jangkitan Covid-19, namun keadaan ini tidak seharusnya melekakan penduduk di sini sebaliknya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan dimana menurut beliau mencegah itu adalah lebih baik dari mengubati .

“Saya harap program program keramaian seperti perkahwinan ,pertunangan majlis hari jadi dan lain lain yang melibatkan orang ramai perlu ditangguhkan, ” katanya.

Sehubungan dengan ini Jamawi berharap pemimpin akar umbi seperti pengerusi MPKK Dan ketua kampung perlu menjelaskan maklumat yang tepat mengenai larangan dan bahaya virus Covid-19 kepada komuniti setempat.

“Saya faham kerana faktor komunikasi maklumat yang jelas kepada penduduk kampung tidak sampai dan inilah peranan pemimpin masyarakat tempatan,” katanya.

Dalam hubungan ini katanya segala program yang telah dijadualkan oleh Pusat Khidmat Adun Kemabong yang melibatkan kehadiran beliau ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Dalam perkembangan lain Jamawi berkata bagi kes kes kecemasan seperti sakit penduduk kampung khususnya di Kemabong boleh menghubungi Pusat Khidmat Adun Kemabong di talian 016-8185014 di mana perkhidmatan ini disediakan 24 jam secara percuma .

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )