
PDRM tingkatkan kemahiran CPR pegawai, anggota
KUALA TERENGGANU,. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melatih anggota dan pegawainya terutama yang bertugas di Unit Kenderaan Peronda (MPV) pengetahuan dan kemahiran resusitasi kardiopulmonari atau ‘Cardiopulmonary Resuscitation’ (CPR) bagi menyelamatkan nyawa orang awam ketika menjalankan tugas.
Pengarah Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim berkata latihan itu akan diberikan secara berperingkat kepada pegawai dan anggota dengan dibantu Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Ini kerana kita tidak tahu bila kemalangan akan berlaku atau ada orang awam me-ngalami masalah pernafasan atau sakit jantung. Sekiranya mereka mempunyai kemahiran CPR ini mereka akan dapat memberi bantuan awal sebelum ambulans tiba.
“… (CPR) ini akan menjadi sebahagian daripada latihan dalaman kepada petugas kita,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Kereta Peronda Polis Model Honda Civic 1.8S di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini semalam, yang menyaksikan kontinjen itu menerima 14 unit kenderaan bagi kegunaan unit MPV.
Kenderaan itu akan di-serahkan kepada semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), termasuk lima unit kepada IPD Kuala Terengganu dan dua unit untuk kegunaan Unit Polis Pelancongan.
Zainal Abidin berkata, penyerahan 14 unit MPV itu merupakan sebahagian daripada 425 unit MPV baharu yang diterima secara sewaan melalui konsesi dengan Syarikat Spanco Sdn Bhd di seluruh negara bagi menggantikan kereta peronda Proton Inspira yang telah digunakan melebihi lapan tahun.
Unit MPV itu dilengkapi peralatan komunikasi RMPNeT, kamera papan pemuka dan perakam video digital mudah alih serta ciri khas termasuk mempunyai kod kenderaan sendiri bagi mening-katkan lagi kecekapan dan ketangkasan Unit MPV.
Sementara itu, Zainal Abidin berkata dari Januari sehingga Ogos tahun ini, Unit MPV berjaya melakukan sebanyak 3,349 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk jenayah dan narkotik.
“Diharapkan dengan ada-nya kenderaan MPV yang baharu ini jumlah tangkapan akan meningkat pada masa akan datang,” katanya.
— Bernama