PDRM umum pertukaran lima pegawai kanan berkuat kuasa 15 Nov

PDRM umum pertukaran lima pegawai kanan berkuat kuasa 15 Nov

KUALA LUMPUR,. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Muhammed Hasbullah Ali antara lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 15 November ini.

Supt Komunikasi Korporat PDRM Supt A. Skandaguru dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Muhammed Hasbullah dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Pengubahan Wang Haram/Siasatan Perakaunan Forensik (JSJK) Bukit Aman.

Pertukaran lain melibatkan Ketua Penolong Pengarah (D9) Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman SAC Sapii Ahmad yang dilantik sebagai Ketua JSJ Sabah dan jawatannya akan diganti Ketua Penolong Pengarah, Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman SAC Dennis Lim Kwang Keng

“Jawatan disandang Dennis akan digantikan Timbalan Ketua Staf Perisikan, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Kementerian Dalam Negeri ACP Habibi Majinji dengan memangku pangkat SAC,” katanya.

Selain itu, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Sabah ACP Mohammad Hisham Mohamad Idris dilantik sebagai Pengarah Cawangan Operasi, Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )