Pejabat Atase Pertahanan Malaysia di Bangkok rai Hari ATM ke-87

BANGKOK,. Pejabat Atase Pertahanan Malaysia di Bangkok mengadakan majlis minum petang bersempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-87, di sini hari ini.

Majlis itu dihadiri kira-kira 130 kakitangan kedutaan dan ahli keluarga masing-masing bagi meraikan sambutan yang bertemakan ‘Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama’.

Hadir sama Duta Malaysia ke Thailand Jojie Samuel dan Atase Pertahanan kedutaan Brig Jen Baharuddin Ahmad.

Hari ATM disambut pada 16 Sept setiap tahun.

Dalam ucapannya, Jojie berkata Hari ATM merupakan sambutan bagi meraikan anggota pasukan keselamatan itu yang mempertaruhkan nyawa bagi mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

“Apabila ada ancaman terhadap keselamatan negara, merekalah yang akan dihantar dahulu.

“Mereka mengorbankan nyawa mereka untuk memastikan negara kita selamat dan aman,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )