Pelajar baharu USM disaran tangguh perjalanan ke kampus esok

Pelajar baharu USM disaran tangguh perjalanan ke kampus esok

GEORGE TOWN,. Universiti Sains Malaysia (USM) menyarankan semua pelajar termasuk pelajar baharu yang sepatutnya mendaftar di kampus esok, menangguhkan perjalanan dan membuat pendaftaran dalam talian.

Dalam kenyataannya malam ini, USM berkata keputusan dibuat selepas mengambil kira perkembangan terkini wabak COVID-19 di negara ini.

“Pelajar-pelajar baharu yang sudah dalam perjalanan ke kampus dibenarkan mendaftar esok atau mereka boleh menangguhkan perjalanan dan kembali semula ke kampus pada tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak,” demikian menurut kenyataan itu.

Tatacara pendaftaran akan dimaklumkan melalui laman web rasmi USM.

Bagi pelajar senior yang dijadualkan kembali ke kampus minggu depan, mereka diminta menangguhkan perjalanan dan melakukan pendaftaran kursus masing-masing dalam talian.

Untuk maklumat lanjut, pelajar boleh menghubungi kampus induk di talian 04-6533291 5823/5825/6185/5804/5827/6136/5822/5824, Kampus Kesihatan (09-7671300/1310) dan Kampus Kejuruteraan (04- 5995530/5531/5532/5533).

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )