Pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi dievakuasi

Pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi dievakuasi

JAKARTA,. Pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi, dijadual dievakuasi keluar dari wilayah itu, hari ini.

Menurut sumber, pelajar yang akan dibawa pulang ke Malaysia, dijadualkan bermula pagi esok, manakala pelajar yang akan dievakuasi ke Jakarta, dijadual tiba pada jam 6 petang.

Belum terdapat butiran lengkap mengenai penerbangan evakuasi itu.

Pelajar yang dievakuasi di Jakarta, akan ditempatkan di Malaysia Hall dan akan menjalani rawatan pemeriksaan kesihatan.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, seramai 280 pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi, Indonesia akan dievakuasi ekoran pengumuman darurat di Riau akibat jerebu.

Daripada jumlah itu, 160 pelajar akan dibawa pulang ke Malaysia manakala 120 akan dievakuasi ke Malaysia Hall di Jakarta, Indonesia, kata NADMA.

Seramai 280 pelajar yang perlu dievakuasi itu terdiri daripada 183 orang di Pekanbaru dan 97 di Jambi.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )