Pelancaran serentak logo, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Sabtu ini

Pelancaran serentak logo, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Sabtu ini

KOTA KINABALU,. Pelancaran logo dan tema Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia akan diadakan serentak di pusat membeli belah 1Borneo Hypermall di sini; Mydin Petra Jaya di Kuching, Sarawak; dan Tasik Simponi, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC) pada hari Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata, pelancaran itu dijadual berlangsung pada pukul 11 pagi dan pelancaran serentak itu merupakan satu kelainan untuk program berkenaan pada tahun ini.

“Orang ramai yang berada di sekitar Kota Kinabalu dijemput datang beramai-ramai untuk memeriahkan majlis pelancaran itu nanti, ” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu segmen Kami Bah InI (KBI) di RTM Sabah, Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Digital di sini pada Isnin.

Beliau berkata majlis pelancaran di Sabah akan disempurkan Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, dan disiarkan secara langsung di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM), laman sosial rasmi Facebook Jabatan Penerangan, dan Facebook Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Jainisah berkata, pelancaran bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia itu diadakan awal bagi membolehkan semua jabatan, agensi, badan bukan kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan merancang dan melaksanakan program-program berkaitan sambutan kedua-dua acara itu.

Katanya, pelbagai program telah diatur bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos depan sehingga Hari Malaysia pada 16 Sept seperti yang dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini antaranya Kembara Merdeka dan pertandingan pidato.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This