Pelanggan Celcom akan dapat mengakses perkhidmatan rangkaian 5G mulai 1 Nov

Pelanggan Celcom akan dapat mengakses perkhidmatan rangkaian 5G mulai 1 Nov

KUCHING ,. Bermula 1 November 2022, pelanggan Celcom termasuk pelanggan Celcom Business yang mempunyai peranti 5G dan melanggan pelan pascabayar dan prabayar Celcom terpilih, secara automatik akan dapat mengakses perkhidmatan rangkaian 5G dalam kawasan liputan 5G.

Celcom Axiata Berhad (Celcom) dalam satu kenyataan hari ini berkata, dalam tempoh pengenalan ini, Celcom mengetepikan yuran akses 5G untuk pelanggan menikmati perkhidmatan 5G mengikut kuota Internet mereka daripada pelan sedia ada, sehingga 31 Disember 2022.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Datuk Idham Nawawi berkata pihaknya teruja untuk menyokong aspirasi digital negara dan menyampaikan perkhidmatan 5G kepada semua pengguna dan perusahaan di Malaysia.

“Dengan memanfaatkan liputan terluas Celcom, pelanggan kami akan dapat menikmati perkhidmatan boleh dipercayai dengan prestasi rangkaian yang konsisten.

“Celcom akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi teknologi tempatan dan antarabangsa ke arah pembangunan ekosistem 5G yang pelbagai di Malaysia untuk membangun dan menawarkan penyelesaian Perusahaan 5G merentasi pelbagai industri,” katanya dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu, pelanggan Celcom dengan peranti berdaya 5G juga akan dapat menikmati pelbagai kandungan 5G Virtual Reality serta perkhidmatan roaming 5G di 14 negara.

Celcom juga akan mengadakan pelbagai jerayawara dan acara 5G Celcom di seluruh negara untuk memaparkan keupayaan perkhidmatan 5G.

Untuk maklumat lanjut tentang peranti berdaya 5G dan ketersediaan serta liputan 5G Malaysia, lawati https://www.celcom.com.my/5G.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )