Pelawak Jepun, Ken Shimura mati akibat COVID-19

Pelawak Jepun, Ken Shimura mati akibat COVID-19

TOKYO,. Pelawak terkenal Jepun, Ken Shimura dilapor meninggal dunia akibat COVID-19 pada petang Ahad.

Ken meninggal dunia pada usia 70 tahun, lapor stesen berita NHK.

Sebelum ini, Ken dimasukkan ke hospital pada 20 Mac selepas mengalami gejala demam dan pneumonia yang teruk.

Pada 23 Mac, beliau disahkan positif COVID-19 dan menjadi ikon hiburan Jepun pertama yang mengumumkan kondisi jangkitannya.

Ken merupakan pelawak terkenal di dunia dengan kerjayanya yang bermula sejak awal 1970-an.

Beliau amat terkenal dengan watak “Baka Tonosama” (Stupid Lord) dan “Henna Ojisan”(Strange Uncle) dalam rancangan televisyen.
Pada 2006, beliau juga mengetuai rombongan untuk persembahan teater “Shimurakon” (Shimura Spirit).

Sebelum beliau meninggal dunia, Ken membintangi “Tensai! Shimura Dobutsuen” (Genius! Shimura Zoo) dan rancangan televisyen lain yang sedang ditayangkan.

Dalam pada itu, mendiang juga dijadualkan untuk membintangi filem “The Name Above the Title” pada bulan depan.

CATEGORIES
TAGS
Share This