
Pelepasan air dari Empangan Bakun tidak sebabkan banjir – Stephen Rundi
KUCHING,. Pelepasan air secara terkawal dari Empangan Bakun di Belaga, Sarawak tidak akan menyebabkan banjir di kawasan hiliran, kata Menteri Utiliti Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom hari ini.
Beliau berkata jumlah air yang akan dilepaskan dari empangan konkrit kedua tertinggi di dunia itu bergantung kepada keperluan untuk penjanaan kuasa.
“Pelepasan air dilakukan secara berperingkat dan kita perlu mempertimbang paras air di kawasan hiliran,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Bakun Hydropower Energy Sdn Bhd baru-baru ini yang bercadang melepaskan air empangan secara terkawal bermula Isnin.
“Hujan lebat (di Sarawak kebelakangan ini) dan bermula sekarang adalah perlu melepaskan (air) bukan sahaja (dari) (empangan) Bakun tetapi (juga) empangan-empangan lain (di negeri ini) juga,” katanya.
— BERNAMA