Pelepasan PN17 kepada AirAsia tidak diklasifikasi penerbit tersenarai PN17

Pelepasan PN17 kepada AirAsia tidak diklasifikasi penerbit tersenarai PN17

KUALA LUMPUR,. AirAsia Group Bhd mengumumkan bahawa langkah pelepasan Nota Amalan 17 (PN17) Bursa Malaysia menyebabkan syarikat itu mencetuskan kriteria yang digantung, namun tidak diklasifikan sebagai penerbit tersenarai PN17.

Katanya kumpulan itu akan terus mencetuskan kriteria yang ditetapkan daripada keperluan penyenaraian Pasaran Utama dan permohonan telah dikemukakan kepada Bursa untuk melanjutkan tempoh pelepasan itu selepas 7 Januari 2022 dan rayuan susulan keputusan Bursa Malaysia terhadap permohonan itu.

“Berdasarkan pertimbangan kepada seluruh fakta dan keadaan termasuk representasi bertulis dan dokumen yang diberikan kepada Bursa Malaysia, bursa saham tempatan itu telah memutuskan untuk menolak rayuan itu,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Katanya sebelum ini kumpulan itu dikehendaki menilai semula keadaannya semasa berakhirnya tempoh pelepasan menurut pekeliling Bursa mengenai Langkah Pelepasan Tambahan pada 16 April 2020 dan 17 Februari 2021.

Langkah pelepasan tambahan telah diumumkan pada pada 16 April 2020 dan menurut Bursa Malaysia syarikat yang mencetuskan sebarang kriteria yang digantung antara 17 April 2020 dan 30 Jun 2021 tidak akan diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 atau GN3 untuk tempoh 12 bulan.

Ia bertujuan memberikan fleksibiliti yang lebih besar kepada syarikat tersenarai yang terjejas untuk memberi tumpuan dalam mengekalkan perniagaan dan operasi di samping menguruskan kedudukan kewangan mereka.

Pengumuman selanjutnya mengenai perkara ini akan dibuat dalam masa terdekat, kata syarikat itu.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This