Pemegang Saham SCIB lulus penerbitan bonus 3-Untuk-1

Pemegang Saham SCIB lulus penerbitan bonus 3-Untuk-1

KUALA LUMPUR,. Pemegang saham Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) telah meluluskan cadangan terbitan bonus tiga untuk satu dan waran percuma pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan hari ini.

SCIB berkata dalam satu kenyataan berkata EGM maya ini telah diadakan untuk terbitan bonus sebanyak 367.9 juta saham biasa baharu dalam syarikat berdasarkan tiga saham bonus bagi setiap satu saham SCIB sedia ada yang dipegang pada tarikh kelayakan yang akan ditentukan dan diumumkan kemudian.

Penyedia pembinaan awam bersepadu itu juga akan mengeluarkan 245.265 juta waran percuma berdasarkan satu waran untuk setiap dua saham SCIB yang dipegang pada tarikh kelayakan yang akan ditentukan dan diumumkan kemudian.

Tarikh kelayakan untuk terbitan waran percuma akan ditentukan selepas penyenaraian saham bonus.

Oleh itu, pelaksanaan harga waran akan ditetapkan pada premium sehingga 30 peratus kepada harga dagangan saham SCIB selepas penyenaraian saham bonus.

“Lembaga pengarah, bersetuju pada dasar untuk menetapkan pelaksanaan harga pada premium sehingga 30 peratus berdasarkan harga saham selepas penyenaraian saham bonus SCIB, telah mengambil kira tempahan dalam tangan syarikat yang telah mencecah kira-kira RM1.4 bilion, yang dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan dan menyediakan keterlihatan pendapatan sehingga empat tahun ,” katanya dalam satu kenyataan.

Melainkan berlaku sebarang keadaan yang tidak diduga, pendapatan yang disebutkan di atas dijangka akan diterjemahkan ke dalam kenaikan terhadap pendapatan sesaham/harga saham SCIB pada masa akan datang.

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SCIB, Rosland Othman berkata: “Kami gembira menerima sokongan padu para pemegang saham kami melalui kelulusan semua resolusi.

‘Kami yakin dengan prospek semasa dan jangka panjang kami dan akan terus bekerja keras untuk menghormati kepercayaan para pemegang saham kami.”

Menurut Rosland, cadangan terbitan bonus dan waran percuma ini adalah satu cara bagi memberi ganjaran kepada pemegang saham SCIB yang terus setia dan menyokong kumpulan.

”Terbitan saham bonus ini akan meningkatkan bilangan saham dalam SCIB tanpa sebarang kos kepada pemegang saham semasa dan pada masa yang sama berpotensi meningkatkan kecairan saham untuk tujuan urus niaga pada harga yang berpatutan.

”Terbitan saham ini akan menggalakkan penyertaan yang lebih besar oleh pelabur dan meluaskan serta meningkatkan profil syarikat,” katanya lagi.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This