Penasihat Kanan Trump positif COVID-19

Penasihat Kanan Trump positif COVID-19

WASHINGTON,. White House mengesahkan Penasihat Kanan Keselamatan Presiden, Donald Trump diuji positif COVID-19.

Robert O’Brien, 54, kini dikuarantin dan bekerja dari rumah.

Menurut kenyataan White House, O’Brien mendapat simptom biasa COVID-19 tetapi tidak memberi risiko kesihatan kepada Trump dan Naib Presiden Mike Pence.

Kenyataan itu menjelaskan mereka tidak dapat memastikan bila kali terakhir O’Brien bertemu dengan Trump.

Bagaimanapun, salah seorang pegawai pentadbiran White House berkata, kedua-duanya ada bertemu dua minggu lalu dalam satu lawatan ke Miami.

Setakat ini, O’Brien merupakan pegawai tertinggi dalam pentadbiran Trump yang dijangkiti COVID-19.

Sejak beberapa lama, AS menjadi negara paling tinggi di dunia yang mencatat kes positif COVID-19.

CATEGORIES
TAGS
Share This