Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan

PUTRAJAYA,. Kerajaan memutuskan semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 55 tahun ke bawah boleh mengeluarkan wang daripada akaun kedua sebanyak RM500 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, permohonan itu boleh dibuat bermula 1 April depan.

Katanya, langkah tersebut adalah antara tindakan yang diambil oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara dalam usaha menangani wabak Covid-19 dan meneruskan pertumbuhan ekonomi negara.

“Inisiatif ini akan memanfaatkan sebanyak 12 juta ahli KWSP dengan jumlah dana RM 40 bilion.

“Saya berharap inisiatif ini dan pengurangan kadar caruman empat peratus bermula 1 April membolehkan para pekerja mempunyai lebihan wang dalam poket masing-masing untuk membeli barangan keperluan harian,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )