Pencerobohan ruang udara Indonesia oleh pesawat asing terus meningkat

Pencerobohan ruang udara Indonesia oleh pesawat asing terus meningkat

JAKARTA,. Ketua Staf Angkatan Udara Indonesia (KSAU) Marsyal Fadjar Prasetyo, mendedahkan pencerobohan ruang udara Indonesia oleh pesawat tentera asing meningkat sejak tahun lalu.

Prasetyo dalam satu seminar pada Rabu berkata pencerobohan itu dilakukan di bekas Kawasan Latihan Ketenteraan (MTA) 2 terletak di utara Pulau Bintan, lapor Agensi Anadolu.

Sementara itu, Komander Pertahanan Udara, Novyan Samyoga, menyatakan terdapat 498 pencerobohan sejak awal tahun ini.

Setakat 17 Mei, ada sekitar 498 pencerobohan jadi kami menjangkakan jumlahnya meningkat kepada 600 hari ini,” tambahnya.

Samyoga mengakui beberapa terdapat beberapa kekangan untuk mengambil tindakan, terutama disebabkan sistem peralatan senjata terbatas dan ruang udara negara yang luas.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )