Pencipta bahasa pengaturcaraan BASIC meninggal dunia

Pencipta bahasa pengaturcaraan BASIC meninggal dunia

THOMAS Eugene Kurtz, salah seorang pencipta bahasa pengaturcaraan BASIC, telah meninggal dunia pada 12 November lalu pada usia 96 tahun. Beliau mencipta BASIC pada tahun 1964 bersama dengan John G. Kemeny ketika bertugas di Dartmouth College.

BASIC ialah akronim untuk “Beginner’s All-purpose Symbolic Instruction Code” yang membolehkan sesiapa sahaja menghasilkan program untuk komputer. Pada masa itu, bahasa pengaturcaraan seperti Fortran dan ALGOL terlalu kompleks untuk dipelajari oleh individu yang tidak mempunyai kepakaran teknikal.

BASIC juga dihasilkan bagi menggalakkan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar Dartmouth College menerusi Dartmouth Time Sharing System (DTSS). Pada dekad 60-an, akses kepada komputer adalah sukar kerana komputer peribadi masih belum wujud.

DTSS membolehkan sehingga 300 pengguna berkongsi sebuah komputer secara serentak menggunakan terminal teletype.

-Amanz

CATEGORIES
Share This