Pengeluaran minyak Arab Saudi dijangka pulih sepenuhnya menjelang akhir September: Menteri Tenaga

RIYADH,. Menteri Tenaga Arab Saudi Abdulaziz bin Salman Al Saud pada Selasa berkata pengeluaran minyak negara itu, yang sebelum ini digantung susulan serangan ke atas dua loji utama Aramco, dijangka pulih sepenuhnya menjelang akhir September, lapor agensi berita China Xinhua.

Bercakap kepada media di Jeddah semasa satu sidang akhbar, Abdulaziz berkata Arab Saudi akan mengekalkan bekalan minyak secara penuh kepada pelanggannya bulan ini, sambil menambah bahawa kerajaan itu terpaksa menggunakan rizab simpanan bagi memastikan bekalan akan berterusan seperti biasa, manakala kapasiti pengeluaran minyak akan pulih kepada 11 juta tong sehari menjelang akhir September.

Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco Amin Nasser berkata syarikat itu mengambil masa kurang tujuh jam untuk memadamkan kebakaran selepas serangan di Abqaiq dan Khurais.

Pada sidang akhbar itu, turut didedahkan bahawa operasi di Khurais disambung semula 24 jam selepas serangan.

Sementara itu, Nasser berkata pengeluaran minyak di Abqaiq ketika ini menghasilkan sejumlah dua juta tong sehari dan keseluruhan output dijangka pulih kepada kadar sebelumnya menjelang akhir September.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )