Peniaga di Thailand terpaksa turunkan harga bagi tarik pelancong domestik

Peniaga di Thailand terpaksa turunkan harga bagi tarik pelancong domestik

THAILAND,. SEKATAN masuk yang dikenakan oleh Thailand kepada pelancong asing sejak April lalu nyata memberi kesan kepada industri pelancongan negara itu.

Susulan itu, negara itu mula mengambil langkah ke hadapan dengan memfokuskan kepada pelancongan domestik.

Keputusan dibuat selepas lebih 70 hari negara itu tidak melaporkan kes tempatan COVID-19.

Bagaimanapun, peniaga terpaksa menurunkan harga jualan bagi menarik pelanggan.

Mereka menurunkan harga makanan dan produk yang dijual, sama seperti di tempat lain, walaupun ia merupakan kawasan tarikan pelancong.

Pendapatan pelancongan Thailand tahun ini dianggarkan hanya 1 trilion baht, iaitu kurang 2 trilion baht dari tahun lalu.

Penggiat industri pelancongan menyeru kerajaan membuka kembali negaranya kepada negara-negara yang diyakini berupaya mengawal jangkitan COVID-19 bagi merancakkan kembali sektor pelancongan negara itu.

CATEGORIES
TAGS
Share This