Pensyarah Pakistan, Junaid Hafeez dijatuhi hukuman mati atas dakwaan menghina Islam

Pensyarah Pakistan, Junaid Hafeez dijatuhi hukuman mati atas dakwaan menghina Islam

ISLAMABAD,. Mahkamah anti-keganasan Pakistan hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap pendakwah yang juga seorang bekas pensyarah dan profesor di sebuah universiti atas kesalahan menghina Islam.

Pada Mac 2013, Junaid Hafeez, 33, telah ditahan pihak berkuasa selepas dituduh oleh pelajar di universiti tempat beliau mengajar atas dakwaan membuat kenyataan berbaur hasutan yang menghina Islam di Facebook.

Junaid didakwa mengajar anak didiknya untuk menghina Nabi Muhammad SAW yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori di Pakistan, negara dimana majoritinya penduduk beragama Islam.

Peguam belanya berkata Junaid telah difitnah oleh para pelajarnya yang juga dari parti pelampau Islam atas pandangannya yang dilihat sebagai liberal dan sekular.

Susulan itu, Suruhanjaya Kebebasan Beragama Amerika Syarikat (AS) meletakkan Junaid di dalam senarai senarai mangsa penindasan globalnya.

Menurut perintah mahkamah, Hafeez akan dikenakan hukuman gantung sampai mati sehingga kematiannya itu sendiri disahkan oleh Mahkamah Tinggi negara itu.

Dalam masa sama, peguam belanya Asad Jamal berkata pihaknya akan membawa kes fitnah tersebut kepada peringkat mahkamah yang lebih tinggi dan akan merayu hukuman mati itu.

“Di Pakistan, tidak akan ada perbicaraan yang adil bagi kes-kes fitnah.

“Kita mempunyai sistem rapuh, tiada siapa yang boleh diadili (secara adil) atas tuduhan menghina Islam,” kata Jamal kepada portal antarabangsa, Reuters.

Untuk rekod, Hafeez, berhenti dari pengajiannya di Kolej Perguruan Tinggi Pakistan kerana ingin mengejar cita-cita dalam bidang kesenian dan kesusasteraan.

Sekali gus mendapat bantuan biasiswa daripada Fulbright dan melanjutkan pelajaran ke Jackson State University dalam jurusan kesusasteraan, fotografi dan teater Amerika.

Perbicaraan kes tersebut telah diadakan dari sebuah penjara yang terletak di Multan, bandar di tengah Pakistan, di bawah kawalan keselamatan yang ketat bagi mengelakkan ancaman keluarganya dan pihak peguam.

CATEGORIES
TAGS
Share This