Penyokong Parti Cemuh Azmin Sebagai Penyamun, Pembelot

Penyokong Parti Cemuh Azmin Sebagai Penyamun, Pembelot

Oleh AZIS KHAN

MEMBAKUT: Kami tidak mahu penyamun, kami tidak mahu pembelot. Demikian cemuhan segelintir penyokong politik sebaik sahaja melihat kehadiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Serambi Membakut pagi ini.

Mohamed Azmin hadir di situ pagi ini bagi memberi sokongan kepada calon Bersatu sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Cemuhan tersebut merupakan luahan rasa marah rakyat Sabah terhadap Azmin yang sebelum ini mengkhianati Pakatan Harapan (PH) apabila meninggalkan PKR untuk bersama Perikatan Nasional (PN).

Tindakannya itu menyebabkan PH hilang kuasa Kerajaan Persekutuan. Tidak cukup dengan itu, selepas merampas Kerajaan Persekutuan secara tidak demokratik, PN turut terlibat cuba menjatuhkan Kerajaan Sabah.

-BorneoToday

CATEGORIES
Share This