Perang perdagangan AS-China boleh ditamatkan lebih cepat daripada jangkaan – Trump

NEW YORK,. Presiden Donald Trump berkata perjanjian untuk menamatkan perang perdagangan yang berlarutan hampir 15 bulan dengan China boleh berlaku lebih cepat daripada jangkaan.

Beliau berkata, China juga kini membuat pembelian pertanian besar dari Amerika Syarikat (AS), termasuk daging.

“Mereka begitu menghendaki perjanjian dibuat… Ini boleh berlaku lebih awal daripada yang anda fikirkan,” kata Trump kepada wartawan di sini.

Terdapat peluang yang baik untuk mencapai persetujuan dengan China, kata Trump selepas memeterai perjanjian perdagangan terhad dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Beliau berkata, China berusaha untuk bersikap baik kepadanya dan menambah kepada pemberita: “Saya bersikap baik kepada mereka.”

“Kami mempunyai beberapa perbualan yang sangat baik,” kata Trump dalam satu sidang media kemudiannya.

“Anda tahu mengapa mereka mahu membuat perjanjian? Kerana mereka kehilangan pekerjaan, kerana rantaian bekalan mereka akan masuk neraka dan syarikat-syarikat bergerak keluar dari China dan mereka bergerak ke banyak tempat lain, termasuk AS.” – Reuters

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )