Permit MyPass tidak lagi diperlukan – Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura

Permit MyPass tidak lagi diperlukan – Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura

SINGAPURA,. Permit ‘MyPass’ bagi memasuki Malaysia menerusi jalan darat dan udara kini tidak lagi diperlukan bermula hari ini, menurut pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.

Ia terpakai bagi rakyat Malaysia dan juga bukan warga Malaysia (dengan kebenaran), menurut suruhanjaya itu dalam kemas kini catatan terbaharu Facebooknya.

Sebelum ini pengumuman telah dibuat bagi memaklumkan bahawa mulai 27 April, mereka perlu mendapakan permit masuk daripada suruhanjaya itu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh belepas.

— BERNAMA

Oleh Massita Ahmad

CATEGORIES
TAGS
Share This