Persaingan pilihan raya presiden AS belum tamat, kata Trump

Persaingan pilihan raya presiden AS belum tamat, kata Trump

WASHINGTON,. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata pilihan raya presiden AS belum tamat walaupun beberapa media mengatakan calon Demokrat Joe Biden muncul sebagai pemenang, lapor agensi berita Sputnik.

“Kita semua tahu mengapa Joe Biden tergesa-gesa untuk dakwa dirinya sebagai pemenang, dan mengapa sekutu medianya berusaha keras membantunya: mereka enggan kebenaran itu didedahkan,” kata Trump.

“Faktanya mudah pilihan raya ini masih belum selesai. Joe Biden belum diperakui sebagai pemenang di mana-mana negeri, apalagi di negeri-negeri itu pengiraan undia masih berjalan, atau di negeri kempen kami mempunyai tuntutan mahkamah yang sah yang akan menentukan pemenang sebenar.”

Terdahulu, dilaporkan Biden sudah memenangi pilihan raya presiden 2020 menurut beberapa unjuran media termasuk CNN, NBC, Fox News dan AP.

Menurut data mereka, Biden sudah berjaya memperoleh 270 undi yang diperlukan.

Laporan itu susulan keputusan semasa pengiraan undi di Pennsylvania.

Pengiraan undi rasmi masih berterusan.

– BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This