Pesawah boleh ke bendang, nelayan dibenar ke laut

PUTRAJAYA – Keseluruhan rantaian operasi industri pertanian dalam negara dibenarkan beroperasi seperti biasa, ” kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menegaskan, rakyat negara ini bergantung kepada produk pertanian dan perikanan yang dikeluarkan bagi keperluan harian mereka.

“Ada tanya boleh tanam padi, tabur benih padi dan pergi ke laut sebagai nelayan. Semuanya dibolehkan seperti biasa.

“Bukan setakat terlibat dalam operasi pengeluaran malah keseluruhan rantaian pertanian dibenarkan, bermakna kenderaan pengangkutan produk pertanian dan jualan tiada sekatan,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.t

Ismail Sabri turut memberikan jaminan bekalan makanan mencukupi hasil laporan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembelian panik.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, anggota polis dan tentera akan ditempatkan di pasar borong dan basah di Selayang.

“Langkah itu susulan kawasan tersebut masih lagi bersesak dan tidak mematuhi prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )