Pesawat bawa 132 penumpang terhempas di selatan China

Pesawat bawa 132 penumpang terhempas di selatan China

NANNING,. Sebuah pesawat membawa 132 penumpang terhempas di wilayah autonomi Guangxi Zhuang, di selatan China pada petang Isnin, lapor Xinhua, memetik jabatan pengurusan kecemasan wilayah.

Pesawat penumpang Boeing 737 milik China Eastern Airlines dalam perjalanan dari Kunming menuju ke Guangzhou, terhempas di pergunungan di daerah Tengxian bandar Wuzhou.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Awam China dalam laman webnya, pesawat itu membawa 132 penumpang dan sembilan anak kapal.

Angka korban masih belum dapat disahkan.

China telah melancarkan tindak balas kecemasan dan menghantar pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This