Pesta Angin Timur 2021 diadakan secara maya Jun ini

Pesta Angin Timur 2021 diadakan secara maya Jun ini

KANGAR,. Buat julung kalinya, Pesta Angin Timur edisi 2021 akan diadakan secara maya pada 4 hingga 5 Jun ini.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis Samsuring Meli berkata, acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh setiap rakyat Perlis itu dijangka berlangsung tetap meriah walaupun diadakan secara maya kali ini akibat penularan wabak COVID-19.

“Pesta Angin Timur [email protected] ([email protected]) bertemakan ‘Mai Pakat Mai, Mai Jengok Ramai-Ramai’ akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook JKKN dan JKKN TV dan orang ramai dapat menonton pelbagai persembahan kebudayaan yang menarik tidak kira di mana jua mereka berada,” katanya.

Samsuring berkata, pelancaran PAT2021 akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man di Auditorium JKKN Perlis pada 4 Jun.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )