
Peter ditahan SPRM malam tadi
KOTA KINABALU,. Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 8.40 malam tadi.
Terdahulu, beliau yang keluar dari Pejabat SPRM kira-kira jam 5.40 petang selepas memberikan kenyataan buat kali kedua mengesahkan akan dituduh di Mahkamah Kota Kinabalu pada jam 8 pagi hari ini.
Peter yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu juga berkata beliau dijangka akan dituduh berhubung pembelian ladang kelapa sawit Lembaga Pembangunan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Tongod bernilai RM155 juta.
Katanya itu bukan kes baru dan ianya adalah berlaku semasa persengketaan politik pada 2013.
-Utusan BORNEO