Piala AFF: Lee Tuck, Sergio Aguero antara dipanggil sertai latihan pusat Harimau Malaya

Piala AFF: Lee Tuck, Sergio Aguero antara dipanggil sertai latihan pusat Harimau Malaya

KUALA LUMPUR,. Pemain naturalisasi Lee Tuck dan Sergio Aguero menjadi antara 29 pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih Kim Pan Gon sebagai persiapan menjelang Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tuck dan Aguero masing-masing mewakili pasukan Sri Pahang FC akan menyertai kem itu bermula Selasa depan.

Harimau Malaya akan turun beraksi dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Kemboja pada 9 Dis di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum menentang Maldives bagi aksi kedua pada 14 Dis di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebagai persiapan menjelang Piala AFF kali ini.

Menurut kenyataan itu, Pan Gon kemudian akan menamakan senarai akhir 23 pemain ke Piala AFF 2022.

Bagi kempen Kumpulan B, Malaysia akan bertemu Myanmar di Yangon (21 Dis), Laos di Bukit Jalil (24 Dis), Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Jan).

Jika Malaysia berjaya muncul dua pasukan teratas Kumpulan B, saingan separuh akhir akan berlangsung pada 6 atau 7 Jan dan 9 atau 10 Jan 2023 manakala aksi final secara timbal balik pula dijadualkan pada 13 dan 16 Jan depan.

Terdahulu, FAM menerusi senarai awal menyenaraikan 41 pemain yang dipanggil menyertai latihan pusat namun selepas perbincangan dan persetujuan bersama yang dicapai di antara FAM, Pan Gon dan kelab-kelab terlibat, 12 pemain tidak dapat menyertai kem latihan itu atas alasan urusan peribadi, komitmen keluarga atau masalah kecederaan.

Antaranya pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), La’vere Lawrence Corbin-Ong, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Arif Aiman Mohd Hanapi, Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Matthew Davies.

FAM menerusi kenyataan sama merakamkan ucapan terima kasih kepada para pemain yang sudi menerima panggilan skuad kebangsaan bagi kem latihan kali ini, biarpun ia di luar jendela Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan pada penghujung musim bola sepak yang panjang.

“FAM juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kelab yang terlibat atas kelulusan mereka untuk melepaskan pemain masing-masing, sekali gus memberi peluang kepada pemain terbabit menyarung jersi skuad Harimau Malaya pada Piala AFF 2022 ini,” menurut kenyataan itu.

Berikut senarai penuh 29 pemain ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya:

1.MUHAMMAD SAFAWI RASID

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

2.MUHAMMAD RAMADHAN SAIFULLAH USMAN

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

3.SHARUL NAZEEM ZULPAKAR

SELANGOR FC

4.BRENDAN GAN

SELANGOR FC

5.MUHAMMAD MUKHAIRI AJMAL MAHADI

SELANGOR FC

6.ALIFF HAIQAL LOKMAN HAKIM LAU

SELANGOR FC

7.MOHD NOR HAKIM HASSAN

SELANGOR FC

8.QUENTIN CHENG JIUN-HO

SELANGOR FC

9.MUHAMMAD RAHADIAZLI RAHALIM

TERENGGANU FC

10.MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM

TERENGGANU FC

11.MUHAMMAD AZAM AZMI MURAD

TERENGGANU FC

12.MOHD FAIZ MOHD NASIR

TERENGGANU FC

13.MUHAMMAD AZRI AB GHANI

KUALA LUMPUR CITY FC

14.DECLAN LAMBERT

KUALA LUMPUR CITY FC

15.MUHAMMAD AKRAM MAHINAN

KUALA LUMPUR CITY FC

16.MUHAMMAD HAQIMI AZIM ROSLI

KUALA LUMPUR CITY FC

17.KALAMULLAH AL-HAFIZ MAT ROWI

PETALING JAYA CITY FC

18.DARREN LOK

PETALING JAYA CITY FC

19.RUVENTHIRAN A/L VENGADESAN

PETALING JAYA CITY FC

20.KOGILESWARAN RAJ A/L MOHANA RAJ

PETALING JAYA CITY FC

21.LEE ANDREW TUCK

SRI PAHANG FC

22.DAVID WILLIAM ROWLEY

SRI PAHANG FC

23.SERGIO FABIAN EZEQUIEL AGUERO

SRI PAHANG FC

24.AHMAD KHUZAIMI PIEE

NEGERI SEMBILAN FC

25.AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED

NEGERI SEMBILAN FC

26.DOMINIC TAN

SABAH FC

27.STUART JOHN WILKIN

SABAH FC

28.DION-JOHAN COOLS

FK JABLONEC

29.NUR SHAMIE ISZUAN AMIN

SARAWAK UNITED FC

Sementara tujuh pemain berikut pula diletakkan dalam Senarai Bersedia sekiranya terdapat perubahan dalam senarai nama 29 pemain di atas, atas sebab-sebab tertentu atau kecederaan.

NAMA

PASUKAN

1.MUHAMAD SHAHRUL NIZAM ROS HASNI

TERENGGANU FC

2.MUHAMMAD ALIF ZAKARIA

TERENGGANU FC

3.NIK MUHAMMAD SHARIF HASEEFY MOHD LAZIM

TERENGGANU FC

4.MUHAMMAD FAZLY MAZLAN

SELANGOR FC

5.MUHAMMAD SHAHREL FIKRI MD FAUZI

SELANGOR FC

6.MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA

KUALA LUMPUR CITY FC

7.NICHOLAS RYAN SWIRAD

SRI PAHANG FC

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )