Piala FA 2020: Pasukan amatur digesa tampil persembahan terbaik

Piala FA 2020: Pasukan amatur digesa tampil persembahan terbaik

KUALA LUMPUR,. Pasukan bola sepak amatur tempatan digesa menampilkan persembahan terbaik dalam saingan Piala FA musim ini selain memanfaatkan peluang beraksi dalam saingan itu demi kelangsungan pasukan di masa hadapan.

Gesaan itu dibuat Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang mahu melihat pasukan amatur melangkah jauh dalam pertandingan yang dijadual bermula dengan peringkat kelayakan pada 15 dan 16 Feb depan.

“Setiap pasukan perlu bersedia serta ambil kesempatan ini untuk cuba bersaing memberi cabaran kepada pasukan profesional,” katanya selepas majlis undian Piala FA 2020 yang disiarkan secara langsung menerusi laman rasmi Facebook Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.

Pada majlis undian pusingan kelayakan hari ini, 32 daripada 40 pasukan yang terdiri daripada 18 pasukan Liga M3 dan 22 pasukan Liga M4 diundi berentap sesama sendiri menggunakan format kalah mati sementara lapan pasukan mendapat ‘bye’ ke pusingan pertama.

Lapan pasukan yang mendapat ‘bye’ adalah Staroba FC, Kuatagh FC, Thai Selangor FC, Imigresen FC, KSR Sains, Tun Razak City FC, Kickers FC dan Norfarhan FC.

Dua puluh empat pasukan amatur yang berjaya mara ke pusingan pertama akan berentap sekali lagi di pusingan kedua pada 22 dan 23 Feb sebelum pemenang akan menyertai 24 pasukan profesional saingan Liga Super dan Liga Premier di pusingan ketiga.

Berikut adalah keputusan undian pusingan kelayakan Piala FA musim ini;

Southern FC lwn Manjung City FC

Harini FC lwn Kuala Perli FC

Nossa Bukit Jelutong FC lwn Kluang FA

Kerteh FC lwn NLFC-MAHSA

Andersonian FC lwn SA United FC

Gamestop FC lwn Semarak FC

Klasiko FC lwn KL Rovers

KB Isma Shah Alam lwn Protap FC

KT Rovers lwn Ultimate FC

Markless ST lwn Spirito FC

Melaka United FC lwn Ikram Muda FC

SSFC lwn PIB FC

Red Spade United FC lwn Sarawak FA

Real Chukai FC lwn Melawati FC

Delima Warriors FC lwn Armed Forces FC

Pandan United FC lwn Langkawi City FC

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This