Pilihan Raya AS, tindakan undang-undang baru bermula, kata Trump

Pilihan Raya AS, tindakan undang-undang baru bermula, kata Trump

WASHINGTON,. Tindakan undang-undang membantah keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) di beberapa negeri yang menjadi medan pertempuran penting, baru sahaja bermula dan salah bagi calon presiden Demokrat Joe Biden untuk menuntut kemenangan sebelum masanya, kata Presiden Donald Trump.

“Prosiding undang-undang baru sahaja bermula!” tulis Trump di Twitter pada Jumaat petang.

Menurut Agensi Sputnik, presiden AS itu juga mengatakan Biden tidak sepatutnya melakukan kesilapan dengan mendakwa sudah berjaya merampas jawatan presiden, kata Trump sambil menambah beliau juga boleh membuat dakwaan yang sama.

Pada Khamis, kempen Trump mengemukakan tuntutan mahkamah terhadap Lembaga Pemilihan Daerah Philadelphia, mahu proses pengiraan dihentikan kecuali pemerhati Republikan dibenarkan masuk ke pusat penjumlahan undi.

Trump mendakwa berlakunya penipuan besar-besaran yang mempengaruhi keputusan selepas sekurang-kurangnya enam negeri kubu kuat Demokrat menghentikan pengiraan pada malam pilihan raya, apabila presiden AS itu mula mendahului di negeri berkenaan.

Sebaik pengiraan undi disambung semula, Biden dengan tidak semena-mena mendahului dan kemudian pemerhati tidak dibenarkan memantau proses itu.

Trump pada Jumaat berkata akan terus mengambil tindakan undang-undang dan tidak akan pernah berhenti berjuang untuk negara.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This