PKPB di daerah Kuching berkuat kuasa tengah malam ini

PKPB di daerah Kuching berkuat kuasa tengah malam ini

KUCHING, 8 Nov — Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi daerah Kuching berkuat kuasa pada tengah malam ini sehingga 22 Nov.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya menyebut aktiviti yang dibenarkan sepanjang tempoh itu melibatkan rantaian aktiviti ekonomi dan industri, melaksanakan tugas rasmi kerajaan, mendapatkan rawatan kesihatan, urusan kecemasan serta kematian.

Aktiviti yang tidak dibenarkan pula termasuk pergerakan keluar atau masuk di ibu negeri itu kecuali bagi urusan atau aktiviti yang dibenarkan.

Menurut kenyataan itu, semua sekolah di Sarawak akan ditutup bermula 9 Nov sehingga hari terakhir persekolahan tahun ini iaitu pada 18 Dis.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )