PKR wanita sasar 31 cabang wanita di Sarawak tahun depan

PKR wanita sasar 31 cabang wanita di Sarawak tahun depan

MIRI,. PKR Wanita Sarawak menyasarkan untuk menubuhkan 31 cabang wanita di seluruh negeri ini pada pertengahan 2020 bagi memantapkan lagi peranan wanita dalam parti di peringkat akar umbi.

Ketua PKR Wanita Sarawak Nurhanim Datuk Mokhsen berkata, setakat ini PKR Wanita Sarawak mempunyai 22 cabang Wanita termasuk yang akan ditubuhkan di Tanjung Manis tidak lama lagi.

“Kita juga merancang untuk menubuhkan dua cabang wanita iaitu di Santubong dan Selangau,” katanya di majlis Mengumpul Dana Wanita Keadilan Baram di sini malam ini.

Nurhanim berkata, penubuhan kedua-dua cabang wanita bagi kawasan tersebut sedang dalam proses pengesahan sebelum penubuhan secara rasmi dilakukan.

Mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak yang diramalkan pada tahun 2021, beliau meminta lebih ramai calon wanita diketengahkan dalam pilihan raya tersebut dengan kuota 30 peratus calon wanita bagi PKR Sarawak.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Speaker DUN Selangor Dr Daroyah Alwi; dan Pengerusi Dasar Rumah Panjang Negara yang juga Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This