Platini dituduh terbabit kes rasuah

Platini dituduh terbabit kes rasuah

BERN: Bekas presiden UEFA Michel Platini berhadapan dengan pendakwaraya Swiss selama enam jam sebagai seorang suspek kes rasuah pada Isnin. Sebelum beliau memberi keterangan sebagai saksi dalam kes berbeza pada Rabu dalam kes presiden FIFA Gianni Infantino.

Beliau yang berusia 65 telah disoal siasat oleh pendakwaraya Thomas Hildbrand yang menyaman beliau atas kes rasuah yang sekaligus meranapkan impiannya untuk mengambil alih pasukan bola sepak dunia FIFA menggantikan Sepp Blatter.

Tuduhan ke atas Platini dibuat ekoran bayaran berjumlah dua juta Swiss francs RM9 juta) daripada FIFA yang disahkan oleh Blatter pada 2011. Platter dan Blatter menghadapi tuduhan kerana “pengurusan tidak jujur”, ‘pecah amanah’ dan ‘penipuan’ dengan lima tahun penjara jika disabit kesalahan.

“Michel Platini memberi perhatian semasa persembahan bukti kes dan hujah-hujah daripada pendakwaraya Hildbrand,” menurut pengiring Platini. “Beliau amat yakin bahawa prosedur ini bakal membuktikan integritinya dalam kes ini.

Menurut pendakwaraya, mereka akan membuat ‘ keterangan akhir’ bekas pemain tengah Saint Etienne dan Juventus sebelum menamatkan siasatan. Platini, yang juga dipanggil pada Selasa namun tidak perlu membuat keterangan lagi, akan sama ada dibebaskan mahupun menghadapi bicara.

Blatter, 85 minggu lalu, juga bakal menghadapi pendakwaraya namun masih berehat setelah memasuki hospital pada Disember dan Januari. Perbicaraan kes yang berasingan itu akan berlangsung pada Rabu dengan Platini hadir sebagai saksi dalam siasatan terhadap Infantino.

Dipilih pada 2016 dengan janji untuk “mengembalikan imej FIFA”, Infantino tahun lalu menjadi sasaran apabila disyaki ‘menyalahguna kuasa’, ‘melanggar hal sulit rasmi’ dan ‘menghalang tindakan undang-undang jenayah’ setelah tiga mesyuarat rahsia pada 2016 dan 2017 bersama Michael Lauber, ketua Pejabat Pendakwaraya Negeri Swiss (MPC).

Pertemuan itu mengundang khabar angin tentang keraguan dalam kes FIFA.

Infantino menerangkan bahawa beliau mahu menunjukkan kepada MPC “FIFA yang baharu dan FIFA yang lama ialah dua dunia yang berbeza”, namun mereka telah dipesongkan “oleh pegawai yang makan suap”.

Pendakwaraya juga menimbulkan tanda tanya ke atas penerbangan jet peribadi yang dinaiki Infantino dan ditaja FIFA pada 2017.

— AFP

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )