PM Anwar alu-alukan komitmen Warisan sokong pembentukan kerajaan perpaduan
KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan komitmen pemimpin Parti Warisan (Warisan), yang menyokong usaha pembentukan dan kestabilan kerajaan perpaduan yang diterajui beliau.
Perdana Menteri menerusi catatan di Twitter beliau berkata komitmen berkenaan juga adalah demi kepentingan rakyat Sabah.
Menerusi ciapan tersebut, Anwar turut berkongsi gambar kunjungan hormat Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ke atas beliau di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Warisan memenangi tiga kerusi kesemuanya di Sabah iaitu Semporna, Lahad Datu dan Kota Belud.
— BERNAMA